Monday, February 4, 2019

Kisah Nabi dan Sahabat Kisah Cinta Agung Muhammad Dan Aisyah Part 5

0 Comments

Kisah Cinta Agung Muhammad Dan Aisyah Part 5

”Aku tidur si samping Rasulullah..kedua kakiku mengarah ke kiblatnya. Jika Baginda sujud, Baginda menyentuh kakiku. Lalu aku menarik kedua kakiku..dan ketika Baginda berdiri aku menjulurkan kakiku kembali..”

KIsah Cinta Agung MUhammad Dan Aisyah Part 4

”Waktu itu aku sedang haid..aku minum pada sebuah gelas lalu memberikannya kepada Rasulullah..lalu Baginda segera mengambilnya dan meletakkan mulutnya pada bibir gelas tempat aku meletakkan mulutku dan meminumnya.pada hari lain..aku juga sedang haid..aku mengigit daging pada tulang lalu aku berikan kepada Rasulullah...kemudian Baginda meletakkan mulutnya ditempat aku meletakkan mulutku pada tulang tersebut..”

Kisah Cinta Agung Muhammad Dan Aisyah Part 2

Suatu hari Rasulullah berkata kepada Aisyah..

”Wahai Aisyah, sesungguhnya aku tahu bila kamu gembira dan bila kamu marah padaku..”

Setelah mendengar ucapan Rasulullah, Aisyah bertanya..

”bagaimana kamu tahu?”

Jawab Rasulullah..”Jika kamu gembira, kamu akan berkata..tidak, Demi Tuhan yang mengutus Muhammad. Apabila kamu marah..kamu akan berkata..tidak, demi Tuhan yang mengutus Ibrahim”

Kemudian Aisyah berkata..”Memang benar, ya Rasul. Tapi demi Allah, sesungguhnya aku tidak meninggalkan diri mu wahai Rasulullah kecuali namamu sahaja..”
Meskipun Rasulullah tahu Aisyah sedang marah padanya, namun Baginda tidak membalas dengan memarahi Aisyah..tapi dari kata-kata Rasulullah tersebut ada kesan ingin menggoda Aisyah..Baginda ingin segera menghilangkan masalah yang membuat Aisyah marah..

Kisah Cinta Agung Muhammad Dan Aisyah Part 1

Satu hari ada sekumpulan anak-anak masuk ke dalam masjid untuk bermain perang-perangan..lalu Rasulullah bertanya...

”Wahai Humaira..adakah kamu ingin melihat mereka?”
”Ya”..jawab Aishah..

Maka Rasulullah mendukung Aishah dan berdiri di ambang pintu..dagu Aisyah diletakkan pada bahu Rasulullah..wajah Aishah menempel pada pipi Rasulullah..

Setelah agak lama, Rasulullah bertanya..

”Adakah kamu merasa puas?”
”Belum ya Rasul” jawab Aishah...

Maka Rasulullah kembali mendukung Aishah dan selang beberapa ketika, Rasulullah bertanya lagi hal yang sama..Aisyah masih berikan jawapan yang sama..
Sebenarnya Aisyah tidak tertarik dengan permainan anak-anaktadi tapi Aisyah hanya ingin agar kaum wanita dan isteri-isteri Rasulullah yang lain tahu akan keadaan dan kedudukan Aisyah di hati Rasulullah...

No comments:

Post a Comment

 
back to top